Ziarah Amal

Program ziarah amal JKKK dan Masjid ini telah dipersetujui pelaksanaannya sebagaimana keputusan Mesyuarat JKKK Kampung Jaya Gading Bil 11/2010 bertarikh pada 30 November 2010.

2 orang penduduk kampung akan dipilih untuk menerima sumbangan dan diziarah oleh Jawatankuasa JKKK & Masjid pada setiap bulan. Keutamaan adalah kepada kes pesakit kronik dan terlantar di rumah. Sumbangan yang akan diberikan ialah RM 100 seorang dari sumbangan tabung JKKK (RM 100) dan Masjid (RM 100) untuk 2 penerima setiap bulan. Manakala sumbangan tambahan berupa barangan keperluan lain ataupun hamper makanan yang diperolehi dari sumbangan badan-badan lain, syarikat dan juga perseorangan.

Tujuan program ini adalah bagi mengeratkan hubungan Jawatankuasa JKKK dan Masjid dengan penduduk kampung yang dilakukan secara ziarah dan cakna terus ke rumah bagi bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada orang-orang tua dan pesakit kronik/terlantar di rumah.

Dengan mengadakan program ini, JKKK dan Masjid mengharapkan ada pihak-pihak seperti badan-badan sukarela, syarikat-syarikat dan perseorangan yang dapat menyumbang bersama bahkan sekiranya ada kelapangan bolehlah bersama-sama mengikuti dan menyertai rombongan ziarah amal ini sebagai satu ibadah dalam aktiviti kemasyarakatan di samping mengeratkan siratulrahim sesama kita.

" HIDUP BERAMAL "